Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

05 January 2013

Bengkel ICT 2013/01: BLOG -BLOGGER (blogspot.com) 1/6






Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makananpolitik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teksimej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio(podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."


Kandungan Kursus:
- Mengenal Blog 
- Pengenalan hosting - http://beckhrooy.com/apa-itu-hosting-dan-maksud-hosting-pada-blog-atau-laman-web/
- Pendaftaran blogger - http://www.blogger.com
- Mengenal dashboard blogger
- Mengenal template Blog
- Menguruskan post, pages, tag & categories
- Bermain dengan Widget
- Menjadikan blog sebagai media personal branding serta membina jaringan rakan sosial.

Jangkamasa kursus: 16 jam

Kelas 1: 

Selamat ber Blogging kepada semua bakal-bakal blogger….

1- Pengenalan Blog & Hosting
2- Perancangan tentang blog anda (rekabentuk & kandungan blog)
3- Pastikan korang mempunyai email samada email Gmail, Yahoo dan sebagainya.
4- Buka website Blogger.com.
5- Klik pada CREATE A BLOG.
6- Penuhkan maklumat korang di ruangan yang disediakan.
7- Penuhkan maklumat mengenai blog yang korang bakal hasilkan.
8- Pilih template yang korang ingin (boleh ditukar ).
9- Start Blogging (blog korang siap dihasilkan ).

No comments:

Post a Comment